PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
TINGKATA 4: DALIL-DALIL HUKUM SYARA’ -
Bahagian 1
Bahagian : Usul Fiqh
Tajuk : DALIL-DALIL HUKUM
SYARA’ - Bahagian 1
Sumber : Buku teks PSI Tingkatan 4, muka surat 56
Maksud
dalil hukum : tempat pengambilan dan
sumber intinbat hukum syara’
Petunjuk
yang digunakan oleh para ulama’ untuk menetapkan sesuatu hukum terhadap
amalan/perbuatan yang dilakukan oleh setiap mukallaf.
Dalil-dalil
hukum syara’ terbahagi kepada :
- Dalil-dalil yang disepakati
- Dalil-dalil yang tidak disepakati
Maksud
dalil-dalil yang disepakati :
JUMHUR
ULAMA' menerima dalil-dalil tersebut sebagai sumber rujukan apabila timbulnya
masalah baru*.
* Isi yang penting yang perlu
difahami adalah "Jumhur Ulama' menerimanya sebagai sumber rujukan apabila
timbulnya masalah baru
Dalil-dalil
yang disepakati ada 4:
- Al-Quran
- As-Sunnah
- Al-Ijmak
- Qias
Maksud
dalil-dalil yang tidak disepakati :
tidak
semua ulama'* menerima dalil-dali ini sebagai sumber rujukan apabila timbulnya
masalah-masalah baru
* maksudnya di sini ialah
sebahagian ulama menerima dan sebahagiannya menolak
Dalil-dalil
yang tidak disepakati ada 8:
- Al-Istihsan
- Al-Istishab
- Al-Masolihul Mursalah
- Saddu Azzaroi'
- Syar'u man qoblana
- Qaulu sohabi
- Amalul Ahli Madinah
- Al-Uruf wal Aadah