Tanggal 25 November 2013
Alhamdulillah, selesai sudah kenduri kesyukuran 3 in 1 (Naik rumah baru, dapat Master dan Aqiqah anakanda yang keempat ABEER SAFIYYAH)
Terima kasih kepada semua yang membantu majlis saya ini, samada secara langsung atau tidak. Juga terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjayakan majlis ini. Semoga kedatangan kalian akan memberkati lagi hidup kami sekeluarga.
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan di atas kesulitan dan kekurangan yang ada sepanjang majlis berlangung.
Hidupku.. Matiku.. Hanya Kerana ALLAH Taala...
Sunday, 25 November 2012
Saturday, 24 November 2012
Majlis Konvokesyen UMT
Tanggal 24 November 2013.
Syukuuur, alhamdulillah. Itulah perkataan pertama yang dilafazkan setelah berpenat hampir 4 tahun, daku telah berjaya menyelesaikan pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana dari Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Falsafah & Tamadun melalui tesis yang bertajuk "Amalan Bacaan Mad Munfasil dan Muttasil Dalam Kalangan Imam Masjid Neheri Terengganu"
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah
(s.w.t) yang maha pemurah terhadap sekalian alam lagi maha mengasihani kepada
hambanya yang beriman.
Segala puji pujian dipanjatkan kepada
Allah (s.w.t) dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad (s.a.w)
yang telah membawa berita gembira dan cahaya serta petunjuk kepada seluruh
makhluk.
Dikesempatan ini, saya ingin memanjatkan
kesyukuran ke hadrat ilahi dengan izin-nya, saya diberi kekuatan dan kelapangan
masa untuk menyiapkan tesis yang bertajuk dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih buat Prof. Madya Dr.Fazli Bin Haji Adam selaku pengerusi penyeliaan tesis
dan Dr.Ismail bin Muhamad selaku ahli jawatankuasa penyeliaan tesis yang telah
banyak membimbing sejak dari awal sehinggalah tesis ini dapat disiapkan. Segala
bimbingan, tunjuk ajar, ilmu dan kemudahan yang telah diberikan amatlah
bernilai dan sesekali tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan
khas kepada guru-guru dan individu yang telah memberikan tunjuk ajar demi
merealisasikan impian untuk mencapai sebuah kejayaan seperti Dr.Daud bin
Ismail, Dr.Sabri bin Mohammad, Puan Nur Amirah Binti Amiruddin dan ramai lagi
yang tidak mampu dinyatakan kesemuanya di sini. Juga tidak dilupakan kepada
sahabat-sahabat yang telah banyak membantu dalam mendapatkan bahan-bahan
rujukan dan sentiasa memberi nasihat serta dorongan yang amat kuat demi
menghabiskan perjuangan ilmiyyah ini. Semoga Allah Taala memberkati dan
melimpahi rahmat ke atas kalian.
Akhirnya, ucapan terima kasih dan
penghargaan dirakamkan khusus buat Ayahanda Haji Uzip@Othman bin Mohd dan Bonda
Hajjah Fatimah binti Kadir yang tidak putus-putus berdoa dan memberikan
semangat serta dorongan untuk melihat sebuah kejayaan. Tidak dilupakan buat
isteri tercinta Nur Izzati binti Othman serta anak-anak (amru, aiesyah dan
amna) yang menjadi nadi kekuatan disebalik perjuangan ini. Segala pengorbanan
dan sokongan yang telah diberikan tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya.
Jazākum Allah Khairan Kathīra
sedang menerima ijazah dari Sultanah Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)