Hidupku.. Matiku.. Hanya Kerana ALLAH Taala...
Wednesday, 16 May 2012
Selamat Hari Guru 2012
Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajarku sejak aku kecil hingga kini khususnya buat guruku yang paling ku sayang dan paling berjasa kepadaku hingga aku menjadi seseorang pada hari ini iaitu Haji Uzip @ Othman Bin Mohd al-Muhammady (ABOH) dan Hajjah Fatimah Binti Kadir (MOK), juga tidak dilupakan jasa al-Fadhil Ustaz Sahari Anuar Bin Ahmad yang telah sabar selama empat tahun mendengar bacaan hafazanku sehinggalah aku berjaya menghabiskan 30 juzuk di hadapannya. (ramai lagi guru2 yang lain yang sangat berjasa kepadaku.... )
Kepada semua guru2ku....
Halalkan segala ilmu
Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat
Maafkanku atas segala kenakalanku sepanjang bergelar muridmu
Kenangkan daku dalam doamu
Terima Kasih Guru...
Aku Sayang Kamu Semua......
Sajak Khas Buat Semua yang bergelar pendidik
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak
jadi
(dedikasi kepada Hari Guru
dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling
setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi
dewasa.
Dialah ibu dialah bapa
juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan
nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan
segala umat
Seribu tahun katanya
menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja
menaiki takhta
Jika hari ini seorang
Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang
ulama yang mulia
Jika hari ini seorang
peguam menang bicara
Jika hari ini seorang
penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja
menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh
seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya
mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri
di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di
Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah
Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili
seribu buku;
Semakin terpencil duduknya
di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya
kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir
kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di
dulangi ilmu
Panggilan keramat
"cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir
hayat.
USMAN AWANG
1979
Subscribe to:
Posts (Atom)