Assalamualaikum w.b.t
Islam telah mengajar kita semua untuk mengamalkan segala yang ada di dalam al-Quran. Antaranya ada beberapa ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk keharmonian rumahtangga seperti berikut :
1. Ayat 31 surah Aali Imran
2. Ayat 83 surah Aali Imran
3. Ayat 200 surah Aali Imran
Baca ayat berikut dalam bilangan ganjil samada 5, 7, 9, 11 atau seberapa banyak yang mampu dan hembuskan ke dalam air atau ke ubun2 anak2/isteri/suami. Mohon kepada Allah s.w.t semoga dilembutkan hati dan sebagainya... SELAMAT BERAMAL.
Hidupku.. Matiku.. Hanya Kerana ALLAH Taala...
Monday, 23 January 2012
Friday, 20 January 2012
Muat Turun
Anda semua boleh muat turun fail yang telah disediakan. Terima kasih kerana mengunjungi blog ambe.
1. Muat Naik pada 20/01/2012 | 11.30 AM : MODUL TOV PMR 2012
1. Muat Naik pada 20/01/2012 | 11.30 AM : MODUL TOV PMR 2012
Cara Muat Turun Fail
3. Selepas klik pada fail yang hendak dimuat turun, satu browser baru akan dibuka kepada fail yang akan di muat turun. Kemudian klik pada kotak hijau yang bertulis ‘Download’
4. Selepas klik ‘download’ satu kotak kecil akan keluar. Tandakan pada
‘ save file’ kemudian klik ‘OK’
5. Fail akan dimuat turun ke computer anda. Selamat mencuba dan selamat menjawab soalan
Disediakan Oleh :
abu amru
Al-Syubrowi
SMI KuTer
20/01/2012
20/01/2012
Monday, 16 January 2012
Pesakit Tidak Sedar Membaca al-Quran
walaupun tidak sedar, tapi hatinya tetap hidup hingga mulut berbicara mengalunkan ayat-ayat ALLAH.
Sunday, 15 January 2012
Kuliyyah Tafaqquh fi al-Din : Talaqqi Ilmu Siri 1
Kepada sesiapa yang dahagakan ilmu bolehlah membuat pendaftaran di IQ Terengganu. Jangan lepaskan peluang yang ada ini. Ambe tak boleh nak kerana hari bekerja. Ruginya tak dapat bersama :(
Sultan Muhammad Al Fateh-Pepimpin Contoh
Sultan
Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh
(Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam
kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama
seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan
Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat
Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat diTurkistan (Turki).
Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata:“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Hadis
ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk
menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan
tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu
diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat
sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan
namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople
yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia
merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh
sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos
ke luarsana.
Tuhan
menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan
Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu
Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad
al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan
datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih
lanjut di bawah nanti.
Seorang
sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya
berhampiran tembok kota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada
zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub
ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu
bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia
berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka
Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik
raja dan tentera” itu.
ZAMAN KECIL
Sultan
Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan
Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh,
handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia
memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi
seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.
Muhammad
belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni
tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain.
Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek,
Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya
yang luar biasa.
Kekhalifahan
Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan
bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak
istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai
bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan
Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat
Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan
Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan
Turki Uthmaniyyah ketika itu. Ketika Muhammad masih dalam buaian,
Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan
baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika
itu sedang berada dalam buaian itu.
ZAMAN REMAJA
Muhammad
al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada
tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu
Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya
dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19
tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan
Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.
ZAMAN DEWASA
Sultan
Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang
hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun
dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina
Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu
turut sama menjadi buruh binaan.
Sultan
Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan
rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah,
serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal
ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan
tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada
zaman itu mengenakan serban.
Walaupun
Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih
memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu,
sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada
amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medan juang. Setelah
Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan
Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:
“Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi
kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda
memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk
turun berjuang.” Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat
berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.
PEMBUKAAN KONSTANTINOPLE
Sebelum
melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad
membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan
sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam
menyerang kota tersebut. Dengan tembok kotaberlapis empat, setinggi 25
kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu
perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan. Antara
langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah
mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu.
Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara
300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan
teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan
15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk
umat Islam menguasai teknologi.
Tentera
Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 250,000 orang.
Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera
musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh
dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera
musuh sudah menjunam jatuh. Selain tembok kebal, penghalang besar
antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus.
Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera
Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini
berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama
juga.
Sultan
Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople
pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam
selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh
diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada
perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar,
kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Satu
keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan
tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik
kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu
idea yang sungguh luar biasa. Esoknya, tentera Kristian terkejut besar
melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam
selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana
rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal
tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat
berlaku.
Sudah
berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak
boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia
memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari
ikut saya!” Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam.
Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu
masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di
dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik
syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin
Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam.
Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid.
Allahu Akbar!
Konstantinople
ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu
akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad
al-Fateh. Sultan Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada
“Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk,
Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad
menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya
sebagai sekadar sebuah muzium. Selepas itu Sultan Muhammad
menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia,Serbia, Albani dan
sekitarnya.
JUMAAT BERSEJARAH
Selepas
berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera
Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul
satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad
al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah
meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”
Tidak
ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka
tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu
ciri sebaik-baik tentera. “Siapakah antara kamu yang pernah
meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”.Sebahagian
daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah
meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua
tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan
pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat
rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya
peribadi seorang pemimpin sebegini!Ada lagikah pemimpin umat Islam yang
sebegini?
AKHIR HAYAT
Sultan
Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri,
Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit
ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.Siapa yang meracunnya?
Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.
Wallahu a’lam.
Sumber: http://www.ilmi-islam.com
Adab Berguru
ADAB
BERGURU OLEH IMAM AL-GHAZALI
- Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
- Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
- Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
- Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
- Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
- Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
- Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
- Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
- Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis.
- Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
- Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.
ADAB
BERGURU MENURUT PANDANGANKU
- Jangan mengumpat / fitnah / menipu / bermusuhan dengan guru.
- Jangan main SMS / telefon ketika guru mengajar.
- Jangan bersikap sombong terhadap guru yang tidak mengajar kita dan setelah guru itu tidak lagi mengajar kita.
- Jangan pukul guru atau upah kawan, datuk, ayah, emak pukul guru.
- Jangan engkar permintaan / suruhan guru selagi permintaan itu tidak menyalahi syariat agama / undang-undang / tatasusila.
- Sentiasalah berbudi kepada guru dan menyenangkan hati guru.
- Ziarahi guru ketika dia sakit atau dalam musibah.
- Sentiasalah mendoakan guru dirahmati Allah.
10 Turuq Bagi al-Hāshimi Daripada al-‘Asynāni Daripada ‘Ubaid Daripada Hafs
أولاً : عشر(10)طرق
للهاشمي عن الأشناني عن عُبَيد عن حفص
10
|
9
|
8
|
7
|
6
|
5
|
4
|
3
|
2
|
1
|
طريق
|
|
ضَـعفًا
ضَعْفٍ
|
ع
|
بَل رَانَ
مَن رَاقٍ
|
مِن مَرقَدِنَا
عِوَجًا قَيِّمًا
|
آلله
|
بِمُصَيطِرٍ
|
المُصَـيطِرُونَ
|
يَـبصُطُ
بَصَطَةً
|
متصل
|
منفصل
|
||
Atas
depan
|
4
6
|
S
|
S
|
Ibdal tashil
|
ص
|
س ص
|
س
|
4/5
|
4/5
|
الشاطبية[1]
|
1
|
Atas
|
2
|
=
|
X S
|
Ibdal
|
=
|
س
|
=
|
6
|
4
|
المستنير[2]
|
2
|
=
|
2
|
=
|
S
X S
|
=
|
=
|
=
|
=
|
6
|
4
|
الغاية[3]
|
3
|
=
|
2
|
X S
|
X S
|
=
|
=
|
=
|
=
|
6
|
4
|
الجامع[4]
|
4
|
=
|
2
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
6
|
4
|
المنهج[5]
|
5
|
Atas
depan
|
4
|
S
|
S
|
Ibdal tashil
|
ص
|
س ص
|
س
|
5
|
5
|
التيس[6]
|
6
|
depan
|
4
|
=
|
=
|
Ibdal
|
=
|
ص
|
ص
|
5
|
5
|
التذكرة[7]
|
7
|
Atas
|
4
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
س
|
5
|
5
|
التلخيص[8]
|
8
|
=
|
4
6
|
X S
|
X S
|
Ibdal tashil
|
س
|
س
|
س
|
6
|
5
|
الكامل الملنجي[9]
|
9
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
=
|
6
|
5
|
الكامل
الخبار[10]
|
10
|
[1] طريق الهاشمي من
الشاطبية قرأنا به على مشايخنا ويقرأ به كثير ممن يقرأ بالتوسط. فرأ بها الداني
على أبي الحسن بن غلبون الأشناني عن عبيد عن حفص
[4]الأشناني عن عبيد عن
حفص قرأ بها ابن سوار على أبي الحسن الخياط من
طريق بن عبد السلام على الهاشمي على
[5]الأشناني عن عبيد عن
حفص قرأ بها السبط على الشريف عبد القاهر
على أى عبد الله الكارزيني على الهاشمي على
[9]الأشناني عن عبيد عن
حفص (طريق الملنجي من الكامل) قرأ بها الحداد على
أبي عبد الله أحمد بن محمد بن الحسين بن يزده
الملنجي على الهاشمي على
[10]الأشناني عن عبيد عن
حفص قرأ بها الهذلي على أبي نصر منصور بن
أحمد الهروي على الحسين على بن محمد الخبازي عن الهاشمي على
Subscribe to:
Posts (Atom)