Sunday, 15 January 2012

Alhamdulilah...

Tepat jam 12.00 tengah malam aku baru selesai berjumpa dengan pensyarah setelah 2 jam berada di rumahnya.
Beliau memaklumkan agar aku bersedia untuk membuat pembentangan akhir pada bulan Februari. Kami berbincang panjang lebar dari Bab 3 hingga Bab 5. Ada beberapa penambahan dan pengurangan. Semangatku pulih kembali untuk terus menulis dan menghabiskan tesisku ini. Mudah-mudahan aku dapat menghabiskan semua ini dalam masa terdekat. 

Setakat ini beliau berpuashati dengan hasil kerja aku. Beliau terus meniupkan semangat kepadaku agar dapat menghabiskan semuanya seberapa segera. Terima kasih Doktor atas tunjuk ajar yang diberikan.

Saturday, 14 January 2012

tesis oh tesis

Malam ini selepas isya' insyaAllah aku akan bertemu dengan penyelia untuk membentangkan dapatan terakhir tesisku. Harap-harap aku berjaya menamatkan pengajianku tahun ini juga. Aku cukup bersyukur kerana dapat sokongan yang begitu kuat dari keluarga terutama isteri tersayang yang tidak putus-putus berdoa, abah dan mok yang tidak jemu dan saban masa bertanyakan perihal tesisku.

Tidak dilupakan juga penyelia Prof Madya Dr. Fazli Adam yang banyak membantu aku sejak dari awal. Juga Puan Amirah yang membantuku dalam SPSS. Terima Kasih semua.

Tuesday, 3 January 2012

Hari Pertama Persekolahan 2012

Alhamdulillah, hari pertama persekolahan berjalan lancar. Anak2 semua bangun awal doh, sungguh bersemangat khususnya aiesyah yang bakal memasuki alam persekolahan darjah  hari ini. Ambe mulakan hari pertama dengan doa utk kami sekeluarga mula mencari rezeki yg halal, memberi ilmu yg diberkati kepada anak murid serta kefahaman dan keberkatan anak2ku dlm mencari ilmu.... Amin Ya Rabbal 'alamin....