Sunday 25 November 2012

Kenduri Kesyukuran & Aqiqah

Tanggal 25 November 2013

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri kesyukuran 3 in 1 (Naik rumah baru, dapat Master dan Aqiqah anakanda yang keempat ABEER SAFIYYAH)

Terima kasih kepada semua yang membantu majlis saya ini, samada secara langsung atau tidak. Juga terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjayakan majlis ini. Semoga kedatangan kalian akan memberkati lagi hidup kami sekeluarga.

Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan di atas kesulitan dan kekurangan yang ada sepanjang majlis berlangung.

Saturday 24 November 2012

Majlis Konvokesyen UMT






Tanggal 24 November 2013. 

Syukuuur, alhamdulillah. Itulah perkataan pertama yang dilafazkan setelah berpenat hampir 4 tahun, daku telah berjaya menyelesaikan pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana dari Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Falsafah & Tamadun melalui tesis yang bertajuk "Amalan Bacaan Mad Munfasil dan Muttasil Dalam Kalangan Imam Masjid Neheri Terengganu"


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah (s.w.t) yang maha pemurah terhadap sekalian alam lagi maha mengasihani kepada hambanya yang beriman.

Segala puji pujian dipanjatkan kepada Allah (s.w.t) dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad (s.a.w) yang telah membawa berita gembira dan cahaya serta petunjuk kepada seluruh makhluk.

Dikesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan izin-nya, saya diberi kekuatan dan kelapangan masa untuk menyiapkan tesis yang bertajuk dengan jayanya.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Prof. Madya Dr.Fazli Bin Haji Adam selaku pengerusi penyeliaan tesis dan Dr.Ismail bin Muhamad selaku ahli jawatankuasa penyeliaan tesis yang telah banyak membimbing sejak dari awal sehinggalah tesis ini dapat disiapkan. Segala bimbingan, tunjuk ajar, ilmu dan kemudahan yang telah diberikan amatlah bernilai dan sesekali tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada guru-guru dan individu yang telah memberikan tunjuk ajar demi merealisasikan impian untuk mencapai sebuah kejayaan seperti Dr.Daud bin Ismail, Dr.Sabri bin Mohammad, Puan Nur Amirah Binti Amiruddin dan ramai lagi yang tidak mampu dinyatakan kesemuanya di sini. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat yang telah banyak membantu dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan dan sentiasa memberi nasihat serta dorongan yang amat kuat demi menghabiskan perjuangan ilmiyyah ini. Semoga Allah Taala memberkati dan melimpahi rahmat ke atas kalian.

Akhirnya, ucapan terima kasih dan penghargaan dirakamkan khusus buat Ayahanda Haji Uzip@Othman bin Mohd dan Bonda Hajjah Fatimah binti Kadir yang tidak putus-putus berdoa dan memberikan semangat serta dorongan untuk melihat sebuah kejayaan. Tidak dilupakan buat isteri tercinta Nur Izzati binti Othman serta anak-anak (amru, aiesyah dan amna) yang menjadi nadi kekuatan disebalik perjuangan ini. Segala pengorbanan dan sokongan yang telah diberikan tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya.

Jazākum Allah Khairan Kathīra


sedang menerima ijazah dari Sultanah Terengganu