Sunday 15 January 2012

Alhamdulilah...

Tepat jam 12.00 tengah malam aku baru selesai berjumpa dengan pensyarah setelah 2 jam berada di rumahnya.
Beliau memaklumkan agar aku bersedia untuk membuat pembentangan akhir pada bulan Februari. Kami berbincang panjang lebar dari Bab 3 hingga Bab 5. Ada beberapa penambahan dan pengurangan. Semangatku pulih kembali untuk terus menulis dan menghabiskan tesisku ini. Mudah-mudahan aku dapat menghabiskan semua ini dalam masa terdekat. 

Setakat ini beliau berpuashati dengan hasil kerja aku. Beliau terus meniupkan semangat kepadaku agar dapat menghabiskan semuanya seberapa segera. Terima kasih Doktor atas tunjuk ajar yang diberikan.

No comments:

Post a Comment