Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru (Upin Ipin)

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru 2012



Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mengajarku sejak aku kecil hingga kini khususnya buat guruku yang paling ku sayang dan paling berjasa kepadaku hingga aku menjadi seseorang pada hari ini iaitu Haji Uzip @ Othman Bin Mohd al-Muhammady (ABOH) dan Hajjah Fatimah Binti Kadir  (MOK), juga tidak dilupakan jasa al-Fadhil Ustaz Sahari Anuar Bin Ahmad yang telah sabar selama empat tahun mendengar bacaan hafazanku sehinggalah aku berjaya menghabiskan 30 juzuk di hadapannya. (ramai lagi guru2 yang lain yang sangat berjasa kepadaku.... )

Kepada semua guru2ku....  

Halalkan segala ilmu
Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat
Maafkanku atas segala kenakalanku sepanjang bergelar muridmu
Kenangkan daku dalam doamu
Terima Kasih Guru...
Aku Sayang Kamu Semua......


Sajak Khas Buat Semua yang bergelar pendidik  

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Wednesday, 8 February 2012

GARIS PANDUAN PEMBENTANGAN SEMINAR SISWAZAH FAKULTI PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



Tatacara pembentangan adalah seperti berikut :

1. Pembentangan perlu disediakan dalam bentuk PowerPoint.
2. Masa pembentangan diberikan selama 20 hingga 30 minit.
3. Sesi soal jawab antara penilai dengan pembentang diberikan selama 15 hingga 30 minit.
Perkara-perkara yang perlu ada dalam pembentangan mengikut jenis/kategori pembentangan adalah seperti berikut:

A. PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN/PROPOSAL KAJIAN

1. Latar belakang
2. Penyataan Masalah
3. Sorotan literatur (secara ringkas dan utama)
4. Objektif Kajian
5. Soalan Kajian
6. Erti Penting Kajian
7. Kerangka Kajian
8. Teori/Model Analisis Kajian
9. Hipotesis (jika berkaitan)
10. Metodologi
- Reka bentuk/kaedah kajian
- Instrumentasi
- Populasi dan persampelan
- Tatacara pengumpulan data
- Analisis data
11. Batasan/limitasi Kajian
12. Draf Pembahagian Bab Kajian

B. PEMBENTANGAN DAPATAN KAJIAN

- Pembentang perlu meringkaskan perbincangan dari no 1 hingga no 10
- Penekanan perbincangan perlu difokuskan kepada penemuan hasil kajian
1. Latar belakang
2. Penyataan Masalah
3. Sorotan literatur (secara ringkas dan utama)
4. Objektif Kajian
5. Soalan Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Kerangka Kajian
8. Teori/Model Analisis Kajian
9. Hipotesis (jika berkaitan)
10. Metodologi
- Reka bentuk/kaedah kajian
- Instrumentasi
- Populasi dan persampelan
- Tatacara pengumpulan data
- Analisis data
11. Batasan/limitasi Kajian
12. Perbincangan Dapatan Kajian (menjawab kepada objektif dan soalan-soalan kajian)
13. Rumusan dan Implikasi Kajian
14. Cadangan Kajian Lanjutan

 C. PEMBENTANGAN PRE-VIVA

1. Latar belakang kajian
2. Permasalahan kajian
3. Objektif kajian
4. Soalan-soalan kajian
5. Kerangka teori dan analisis kajian
6. Metodologi kajian
7. Penemuan-penemuan utama kajian
8. Kesimpulan/sumbangan kajian

Perhatian:
• Citation dan rujukan – ikut format American Psycologist Association (APA).
• Pembentang perlu menyediakan hard copy powerpoint kepada ahli jawatankuasa pembentangan (pengerusi, penilai dan penyelia).