Wednesday, 8 February 2012

GARIS PANDUAN PEMBENTANGAN SEMINAR SISWAZAH FAKULTI PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



Tatacara pembentangan adalah seperti berikut :

1. Pembentangan perlu disediakan dalam bentuk PowerPoint.
2. Masa pembentangan diberikan selama 20 hingga 30 minit.
3. Sesi soal jawab antara penilai dengan pembentang diberikan selama 15 hingga 30 minit.
Perkara-perkara yang perlu ada dalam pembentangan mengikut jenis/kategori pembentangan adalah seperti berikut:

A. PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN/PROPOSAL KAJIAN

1. Latar belakang
2. Penyataan Masalah
3. Sorotan literatur (secara ringkas dan utama)
4. Objektif Kajian
5. Soalan Kajian
6. Erti Penting Kajian
7. Kerangka Kajian
8. Teori/Model Analisis Kajian
9. Hipotesis (jika berkaitan)
10. Metodologi
- Reka bentuk/kaedah kajian
- Instrumentasi
- Populasi dan persampelan
- Tatacara pengumpulan data
- Analisis data
11. Batasan/limitasi Kajian
12. Draf Pembahagian Bab Kajian

B. PEMBENTANGAN DAPATAN KAJIAN

- Pembentang perlu meringkaskan perbincangan dari no 1 hingga no 10
- Penekanan perbincangan perlu difokuskan kepada penemuan hasil kajian
1. Latar belakang
2. Penyataan Masalah
3. Sorotan literatur (secara ringkas dan utama)
4. Objektif Kajian
5. Soalan Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Kerangka Kajian
8. Teori/Model Analisis Kajian
9. Hipotesis (jika berkaitan)
10. Metodologi
- Reka bentuk/kaedah kajian
- Instrumentasi
- Populasi dan persampelan
- Tatacara pengumpulan data
- Analisis data
11. Batasan/limitasi Kajian
12. Perbincangan Dapatan Kajian (menjawab kepada objektif dan soalan-soalan kajian)
13. Rumusan dan Implikasi Kajian
14. Cadangan Kajian Lanjutan

 C. PEMBENTANGAN PRE-VIVA

1. Latar belakang kajian
2. Permasalahan kajian
3. Objektif kajian
4. Soalan-soalan kajian
5. Kerangka teori dan analisis kajian
6. Metodologi kajian
7. Penemuan-penemuan utama kajian
8. Kesimpulan/sumbangan kajian

Perhatian:
• Citation dan rujukan – ikut format American Psycologist Association (APA).
• Pembentang perlu menyediakan hard copy powerpoint kepada ahli jawatankuasa pembentangan (pengerusi, penilai dan penyelia).


Ciri-Ciri Fiqh Al-Qaradawi : Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazal (8)

Ciri Kelapan : Gabungan antara Salafiah dan Tajdid

Ciri fiqh al-Qaradawi kelapan ialah  menggabungkan antara salafiah dan tajdid atau antara turath dan moden. Menurut al-Qaradawi salafi dan tajdid tidaklah bertentangan kerana salafi yang hakiki selalu memperbaharui dirinya supaya boleh menyesuaikan dengan zaman dan tidak selalu terkongkong dengan masa silam semata-mata. Al-Qaradawi menjelaskan salah tanggapan terhadap salafi. Menurutnya salafiah yang sebenar adalah perbuatan yang mengikuti apa yang dilakukan  oleh para salaf yang beragama serta komitmen  dengan kefahaman mereka  yang murni berasaskan sumber-sumber muktabar iaitu al-Quran dan al-Sunnah serta meninggalkan semua perkara  yang bertentangan  dengan apa yang menjadi keyakinan  para salaf dari perkara-perkara yang bersifat bid’ah. Pemikiran salafi ialah kaedah pemikiran  yang merangkumi pemahaman bahawa sebaik-baik kurun  ialah kurun para sahabat dan sesiapa yang mengikut jejak langkah mereka dengan cara yang paling. Ini adalah kerana  mereka mendapat hidayah al-Quran dan hidayah nubuwwah. Antara intipati metode golongan salafi ialah :

1. Menjatuhi hukuman berdasarkan kepada nas-nas yang qat’i bukannya berdasarkan kepada kata-kata pemimpin.
2. Mengembalikan perkara-perkara yang meragukan kepada muhkamat dan perkara yang samar-samar (zanni) kepada yang menyakinkan (Qat’iy)
3. Memahami perkara-perkara  juzu’ dan cabangan berdasarkan  kerangka asas dan dalil yang menyeluruh.
4. Menyeru kepada ijtihad dan tajdid dan mencela kejumudan dan taklid.
5. Menyeru kepada iltizam dan komitmen, bukan kepada maki-makian dalam bidang akhlak.
6. Menyeru kepada kemudahan bukannya kesulitan dalam bidang feqah.
7. Menyeru kepada kegembiraan bukannya ketakutan dalam bidang dakwah.
8. Menyeru kepada keyakinan bukannya perdebatan dalam bidang akidah.
9. Memperhatikan ruh dan isi bukannya hanya memperhatikan bentuk atau formaliti dalam bidang ibadah.
10. Mengikuti ajaran dalam bidang agama dan melakukan inovasi dalam urusan dunia.

Al-Qaradawi juga menegur golongan yang mendakwa salafiah tetapi mereka menyempitkannya dalam bidang ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawwuf. Mereka sentiasa menyerang orang yang tidak bersetuju dengan mereka dalam apa jua permasalahan yang ditimbulkan daripada permasalahan tersebut. Perkara ini menyebabkan sebahagian orang ramai  menganggap bahawa pendekatan  golongan salafi ini  adalah pendekatan  pertengkaran  dan perbalahan dan menumpukan kepada perkara-perkara  sampingan daripada perkara pokok, sentiasa berbalah daripada bersepakat dan melebihkan penumpuan kepada bentuk dan gambaran  berbanding isi dan ruh. Oleh itu, beliau menyarankan agar kita mengambil manhaj salafi tanpa mengikut membuta tuli percakapan golongan salafi mengenai perkara-perkara sampingan, Umat Islam hendaklah beriltizam dengan manhaj salafi dengan ruh dan maksud-maksudnya walaupun kita berbeza dengan mereka dalam beberapa hal  mengenai pendapat dan ijtihad mereka.

sumber  : http://www.mindamadani.my

Ciri-Ciri Fiqh Al-Qaradawi : Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazal (7)

Ciri Ketujuh : Membezakan antara  Qat’iyy dan Zanni.

Ciri fiqh Al-Qaradawi yang ketujuh ialah membezakan yang qat’iy (pasti) dengan zanni (dugaan). Al-Qaradawi menegaskan bahawa masalah yang bersifat qat’iy  tidak mempunyai ruang untuk berijtihad. Ijtihad hanya boleh dilakukan dalam perkara-perkara zanni. Al-Qaradawi menentang orang  yang menjadikan masalah-masalah feqah  yang sebenarnya bersifat zanni menjadi masalah feqah yang bersifat qat’iy atau sebaliknya. Oleh itu, seseorang itu harus meletakkan hukum itu sebagaimana keadaan asalnya iaitu yang qat’iy harus diletakkan sebagai qat’iy dan zanni harus diletakkan sebagai zanni. Dalam hal ini, al-Qaradawi mengharuskan seorang wanita yang baru masuk Islam  namun suaminya tidak masuk Islam, maka si isteri boleh kekal bersama suaminya. Perkara ini berbeza dengan pandangan yang diterimanya di al-Azhar bahawa isteri yang masuk Islam hendaklah dipisahkan daripada suaminya yang belum masuk Islam. Beliau mengambil pandangan Saidina Ali  yang menyebutkan bahawa suami wanita itu lebih berhak  selama dia berada dalam wilayahnya atau isteri itu tidak keluar dari wilayah tempat dia tinggal.

sumber : http://www.mindamadani.my